Wednesday, March 21, 2012

Layar koyak , disalahkan angin .

Ini bukan masanya , sayang ,

Masih terlalu awal ,

Bahtera ku bina ini , bukan hanya untuk seorang dua sahaja ,

Tapi , terimakah kau ? Akan mereka yang tak serupa ?

Sanggupkah kau ? Menonton dengan bola mata kering itu ,

Aksi bukan dalam norma jangkaan mu ? Apa yang kau suka ?

Beri mereka peluang ,

Caci bukan guru ,

Sebut saja lah !

Orang tua !

Bumi nakal ini sudah lemah !

Oh , begitu ?

Baiklah , perlakukan , sebagaimana ,

Kau nak , si muda ,

Tidak lama pun , aku singgah ,

Nanti , dalam tanah juga aku ,

Kau yang berjalan sendiri kelak ,

Atas bumi yang kau injak .

Monday, March 19, 2012

Sir Kum . Bab 1


"Ane ! Mi goreng mamak satu ! "

Selesai berpaling ke arah tempat masak kedai mamak tu , Amsyar kembali mengisap rokok mild seven yang separuh terbakar kat celah jari telunjuk dan jari hantu .

"Kita nak bikin benda yang kita je ada . Kita punya signature . Tak ada orang lain buat " Wan bersuara , sambil main main rambut dia . Kopi o panas dia tak terusik langsung .

"Aku pun fikir macam tu . Orang orang mainstream memang pukimak "

"Tapi kalau tak mainstream , mana nak dapat kertas cap kepala agung ?"

"Ala , orang mainstream semua harap muka je kot . Lagu mengarut . Entah apa borak tah , cinta lah , putus cinta , hati berkecai la , hati terguris la . Setakat muka kau yang macam popia basah ni nak masuk mainstream , memang kiamat karang baru dapat duit "






Senyap




Bunyi hujan jadi soundtrack perlepakan di kedai mamak






Bunyi hujan turun makin kuat menghentam awning awning besi sekitar blok bangunan kedai mamak .







"Haih , bapak aku pun dah pencen " Wan hirup kopi o panas sikit . Daripada bunyi hirupan yang sekejap , dan banyak vibration , dapat teka yang air tu memang panas , bukan panas runcit runcit punya .


"Dah dah lah jadi idealist . Tak ada siapa yang boleh tolong dah . Aku give up "


"Tu lah . Mainstream memang pukimak "




Hujan lebat berterusan .







Selintasan burung berwarna hitam kemudian ....










"Assalamualaikum ! " Amsyar tolak pintu rumah slow slow .

"Siapa tu ? "

"Am ni "

"Pergi mana tadi ? Tak bagitahu mak pun "

"Oh , ada kawan ajak lepak kedai mamak "

"Lepak , lepak , lepak . Boleh dapat duit ke melepak ? Kalau boleh dapat duit , menyesal mak tak melepak dulu "

"Tu lah , mak tak nak try ..."

Amsyar dengan mak dia gelak gelak .






Sedesing air masak di cerek berbunyi kemudian ...











Dipulas machinehead gitar untuk mendapatkan tune yang betul . Amsyar mula menyanyi apa apa perkataan yang melintas di kepala , berpandukan beberapa kord asas . Masih amatur dalam seni muzik .

Sunday, March 18, 2012

Televictus Film Reviews .





Assalamualaikum semua .












Sihat ?













Dah ready belum ?




BAIKLAH







Hari ini , adalah hari dimana Televictus Film akan bikin review tentang movie yang telah ditonton .



Televictus Film tu apa ? Ini syarikat aku . Syarikat ini bikin filem.

Bukan , bukan sekarang . Aku belum ada syarikat .
Tapi kalau aku ada syarikat , itu la nama dia kot .
Cita cita aku besar kan ? Harapan , hatiku .




Okay the first one .








No Country For Old Men

Director : Coen Brothers

Mengisahkan tentang seorang polis kawasan Texas . Cerita ini berkisarkan tentang sejumlah duit yang dijumpai oleh seorang polis , dan tidak sengaja telah membawa kepada kisah kejar mengejar dan tembak menembak . Cerita ni saspens . Serious shit . Beberapa watak dalam cerita ini akan membuatkan korang rasa macam . " Ish , fuck sial , babi doh , kenapa doh , beragak la wey ! "

. So , kalau tengok cerita ni harap bersabar . Bertemakan wild wild west , ala ala cerita style cowboy . No Country For Old Men mempunyai ending yang pelik , masuk air , dan membengangkan . Aku malas nak bongkar kat sini . Sebab aku seorang penulis blog yang meyakinkan orang untuk menonton filem , bukan pembongkar atau pentafsir filem . Banyak tafsiran boleh dibikin selepas menonton cerita ini . Berikut adalah rating yang aku bagi , kalau aku boleh bagi rating . Mestilah aku boleh ! Tapi untuk aku lah .



8/10

Tengok tau , jangan tak tengok .












_________




Second One






The Machinist

Director : Brad Anderson

Cerita ini mengisahkan tentang seorang pekerja kilang . Yang susah nak tidur . Dia tak dapat tidur . Bukan sebab dia tak nak . Tapi dia tak boleh . Pernah tengok Fight Club ? Tak pernah ? Pergh ..... lopek sial . Tak ada lah . Aku gurau je . Tapi tengok lah cerita ni , jangan tengok Fight Club dulu , tengok ni dulu tau . Janji ? .

Bertemakan suasana yang sentiasa gelap dan penuh misteri , cerita ini memang penuh misteri . The Machinist mempunyai perkembangan watak yang baik , plot yang tersusun cantik dan klu yang membuatkan kita rasa macam " Ahh ! "

Okay , rating .

7/10







_________







Save the best for last . Ayat siapa tah , tapi korang mesti nampak aku tengah praktikkan sekarang .


Korang pernah tengok iklan Old Spice ? Yang ada negro tough tu .

Orang panggil dia Terry Crews .

Tak tahu ? Pergi lah bukak Youtube .


Pulp Fiction

Director : Quentin Tarantino

Aku sebenarnya out of words nak describe filem ni . Cerita ni PERFECT . Nak tahu apasal ? Nak tahu apasal !!!???? KAU NAK TAHU APASAL ???!!!!


KAU TANYA APASAL ??!!


RATING !!!!!

10/10 !!!!


ARRRGHHHH !!! WAJIB TONTON !!!!!









Cerita ni tak best kalau aku bagitahu korang isi dia !! Aku tak nak bagitahu sikit pun !!!!


SEKIAN !!!!

Sunday, March 4, 2012

Cerita pendek pun .



27.2.2012






8.a.m .


Goh miss call aku banyak kali . Suruh aku bangun . Bangun bangun , blur , mata merah nak mampus . Basuh muka banyak kali . Dia punya drag tidur , bukan main . Tapi aku gagah dan aku pun teruskan apa yang terniat di hati . Goh dah ada kat depan rumah , hisap rokok Pine yang Iddin tinggalkan dalam kereta dia . Hisap Pine saving katanya , dah lah sedap . Aku pun sondol badan aku masuk kereta dia , muka berlipat lipat lagi baru bangun tidur .

Lepas ambik Iddin kat rumah dia kitorang gerak pergi JPJ , nak renew lesen . Goh baru nak dapat competent . Cool lah tu cukup dua tahun .

Sampai sampai je orang dah ramai nak mampus .

Darah muda kan ? So kitorang malas nak buat . Leceh , drag , bodoh , panas . So gerak Shah Alam terus . Nak ambik apa tah dokumen bodoh Goh kat induk .

Lepas pergi Shah Alam gerak ke Penang terus .

Iddin : " Weh , balik malam ni tau , sebelum pukul 11 , McD panggil aku kerja ni "

Goh : Okay , tengok la macam mana .





PEJAM



CELIK







28.2.2012 .


UiTM Bukit Mertajam , Pulau Pinang


Panas terik




5 p.m



Goh: Kena stay satu malam lagi lah , pejabat tu macam babi tutup tiba tiba

Iddin: Memang pun balik ni aku kena buang kerja gila. Zom , pinjam phone jap , nak call McD cakap kereta rosak ni .

Goh : Tak elok tipu bodoh , cakap je la kau sakit .

Iddin : Macam tu tipu gak babi , apa beza sial ?








PEJAM


CELIK



29.2.2012




12.30 p.m


Kilometer 309.2 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Seremban



Hujan lebat


Aku carik selipar aku dalam kereta , hujan lebat sikit sikit masuk dari celah pintu kereta yang dah patah remuk . Goh tarik Iddin keluar dari kereta . Aku tengok Iddin okay lagi . Dia paling bahaya sebab duduk belakang . Aku relax je pakai seat belt . Lepastu Goh tarik aku keluar dari kereta . Sejuk sial . Hujan lebat nak mampus , aku raba poket , nasib baik barang barang aku ada lagi . Aku nak hisap rokok ni , Marlboro dalam kereta tadi aku nampak terbang time kereta terbalik , lepas tu mana tah .

"Tepi aa , sini memang selalu buang punya"

Dalam celah celah hujan lebat dengan bau lumpur yang kuat tu tiba tiba ada keling arahkan kitorang lepak kat tepi jalan .

"Benda macam ni memang selalu jadi aa , bila hujan sini ,
banyak licin , memang banyak kereta buang punya , semua terbabas "


Aku sibuk dengar keling ni berborak , aku sakit perut tiba tiba . Cibai baru lepas accident sakit perut pulak . Memang pun ada tandas kat highway ni .

Aku nak pergi ambik barang barang dalam kereta . Lagu dendangan Santana masih terdendang lagi kat radio kereta tu . Tak reti nak rosak ke apa lah sial .


2 jam kemudian , SP Hatta , merangkap bapak Goh , menghantar kami dari Balai Polis Kampar ke KL Sentral .








29.2.2012



10 p.m



Seremban



Iddin: Memang balik ni aku kena buang kerja la babi !

Goh: Menyesal sial bawak laju tadi .


Dan hari itu , aku sambut birthday aku dengan tak mandi 4 hari , dan bau lumpur kuat kat baju .





Tak , aku bukan kerbau



Sekian





Smart kan ? Hihi .


Alhamdulillah semua selamat . :)


Tapi aku akan rindu kereta ni :(





Pengajaran :

1 : Jujur dengan McD

2 : Renew lesen dulu supaya tak payah pakai nama orang lain time tulis report polis .

3 : Jangan bajet kau power drift la sial .