Monday, March 19, 2012

Sir Kum . Bab 1


"Ane ! Mi goreng mamak satu ! "

Selesai berpaling ke arah tempat masak kedai mamak tu , Amsyar kembali mengisap rokok mild seven yang separuh terbakar kat celah jari telunjuk dan jari hantu .

"Kita nak bikin benda yang kita je ada . Kita punya signature . Tak ada orang lain buat " Wan bersuara , sambil main main rambut dia . Kopi o panas dia tak terusik langsung .

"Aku pun fikir macam tu . Orang orang mainstream memang pukimak "

"Tapi kalau tak mainstream , mana nak dapat kertas cap kepala agung ?"

"Ala , orang mainstream semua harap muka je kot . Lagu mengarut . Entah apa borak tah , cinta lah , putus cinta , hati berkecai la , hati terguris la . Setakat muka kau yang macam popia basah ni nak masuk mainstream , memang kiamat karang baru dapat duit "






Senyap




Bunyi hujan jadi soundtrack perlepakan di kedai mamak






Bunyi hujan turun makin kuat menghentam awning awning besi sekitar blok bangunan kedai mamak .







"Haih , bapak aku pun dah pencen " Wan hirup kopi o panas sikit . Daripada bunyi hirupan yang sekejap , dan banyak vibration , dapat teka yang air tu memang panas , bukan panas runcit runcit punya .


"Dah dah lah jadi idealist . Tak ada siapa yang boleh tolong dah . Aku give up "


"Tu lah . Mainstream memang pukimak "




Hujan lebat berterusan .







Selintasan burung berwarna hitam kemudian ....










"Assalamualaikum ! " Amsyar tolak pintu rumah slow slow .

"Siapa tu ? "

"Am ni "

"Pergi mana tadi ? Tak bagitahu mak pun "

"Oh , ada kawan ajak lepak kedai mamak "

"Lepak , lepak , lepak . Boleh dapat duit ke melepak ? Kalau boleh dapat duit , menyesal mak tak melepak dulu "

"Tu lah , mak tak nak try ..."

Amsyar dengan mak dia gelak gelak .






Sedesing air masak di cerek berbunyi kemudian ...











Dipulas machinehead gitar untuk mendapatkan tune yang betul . Amsyar mula menyanyi apa apa perkataan yang melintas di kepala , berpandukan beberapa kord asas . Masih amatur dalam seni muzik .

No comments:

Post a Comment