Saturday, January 14, 2012

Dahan Betik .

Bising bunyi komputer . Main Red Alert . Korang dah tak main ke ? Rugi wei , game ni best . Masa tu aku darjah 3 kot . Entah , aku tak ingat .

"Aiman !!"

Orang panggil . Awal lagi , baru pukul 3 dah ajak keluar main , jadah .

"Aiman !!"

Keluar jap , usha budak ni nak apa , aku tengah sedap kopak base orang ni , potong betul lah .

"Kau ada pemadam api tak ? "

Memang pun rumah aku ni rumah MacGyver

"Tak ada lah weh "

Aku ikut diorang pegi satu bukit yang tak jauh pun dari rumah aku . Merah je semua , oh terbakar . Member aku dok pukul pukul api tu pakai dahan betik . Yang dia dok pukul tadi pun 1/100 daripada keseluruhan kebakaran . Ada sorang pakcik kepala botak ni keluar dari rumah dia yang depan bukit tu .

"Woi ! Kau bakar bukit eh ?! Mana mak bapak korang ?! "

Relax ah pakcik , keluar keluar dah emo . Aku dah lah haram tak tahu apa apa tiba tiba kena blame . Apa lancau da .

Polis dengan bomba sampai . Member aku , Pudin , dah menangis kat tepi longkang sebab pakcik botak tu pegi acah acah nak hantar dia masuk lokap .

Hamlau punya pakcik . Last last dapat tahu bahawa sampah yang dia selalu bakar kat depan bukit tu jadi punca kebakaran, member aku tolong nak padam je kena borak macam macam .

Pengajaran : Jangan gelabah sangat kalau tak nak jadi botak dah besar nanti .

No comments:

Post a Comment