Monday, April 16, 2012

Hati Emas



"Saf !"

Suara daripada bilal masjid .

Hari ke-27 . Ramadhan Al - Mubarak tahun 2003 Masihi .

Semua orang tengah bersedia nak terawih . Aku masih lagi otw dari rumah . Masih berjalan lalu depan bukit gelap . Takut doh lalu jalan tu . Anjing banyak lepak situ selalu . Tapi jarang ada time bulan Ramadhan , sebab bulan mulia kan . Benda benda jahat tak ada time bulan puasa . Orang pakai kopiah banyak lalu situ .

" Ya Tuhanku, berikanlah aku keupayaan untuk berlari selaju 100m dalam masa 10 saat "

Aku teruskan berdoa . Orang cakap kalau dan dan malam tu Malam Lailatulqadr , doa boleh makbul . Aku pernah dengar dulu , dorang cakap Lailatulqadr boleh jatuh pada mana mana hari dalam Ramadhan , tapi lagi kuat percentage nak jatuh pada 10 hari terakhir . So start hari ke - 20 Ramadhan pun aku struggle doa . Nak lari laju .

Ni semua pengaruh buku komik bola . Tajuk dia Offside . Hero dia boleh lari 100m dalam 10 saat . Lepastu boleh kalahkan semua orang . Kalau aku boleh lari laju macam tu mesti aku boleh kalahkan semua orang . Cita cita aku nak jadi orang paling laju untuk seluruh kelas Darjah Lima Sekolah Taman Tasik Jaya . Tapi Acap tetap dapat kalahkan aku . Sama dengan Wafiy . Dia gemuk kot . Kenapa laju sangat ? Aku harap Tuhan dapat makbulkan doa aku . Bolehlah aku pikat Amira , dia mesti suka orang yang laju dan tangkas macam aku .

Amin pulak . Kitorang escape tarawikh . Aku ikut kawan aku pergi minum dekat RNK Sate . Zaqwan , abang dia , saudara dia dengan Amin . Aku takut sebenarnya . Dorang ni dah besar , dah hisap rokok semua . Dah lepas UPSR . Kalau mak aku nampak mesti mak aku marah . Aku ikut jelah . Sebab aku suka tengok dorang buat stunt stunt yang cool macam dalam TV . Petang petang aku selalu ikut dorang main skateboard . Tapi dorang selalu tak ajak aku , aku gerak sorang je . Aku nak ollie pun tak reti .

Amin : " Kau pernah tengok orang wallride tak ?"

Zaqwan : "Kau boleh buat ke ? "

Amin lari kat dinding kedai kosong tu , dia langkah besar dan berjalan atas dinding . Bunyi tapak dia kuat gila . Macam nak runtuh dinding bangunan tu . Memang berjalan atas dinding doh ! Sudut kat kaki dengan dinding tu 90 darjah kot . Bapak style gila !

Aku : " Camane kau buat tu Min ? "
Amin : "Ah kau , tanye tanye lak , kau tu budak lagi . Kenapa kau ikut ? Patut kau balik rumah je "

Teruknya . Aku tak dapat tempat berbicara langsung dengan dorang . Cakap sikit mesti kena drop . Haih , memang aku tak diterima kalau nak jadi kawan . Tengok lah nanti , aku dah lari laju mesti korang nak kawan dengan aku .





Wednesday, March 21, 2012

Layar koyak , disalahkan angin .

Ini bukan masanya , sayang ,

Masih terlalu awal ,

Bahtera ku bina ini , bukan hanya untuk seorang dua sahaja ,

Tapi , terimakah kau ? Akan mereka yang tak serupa ?

Sanggupkah kau ? Menonton dengan bola mata kering itu ,

Aksi bukan dalam norma jangkaan mu ? Apa yang kau suka ?

Beri mereka peluang ,

Caci bukan guru ,

Sebut saja lah !

Orang tua !

Bumi nakal ini sudah lemah !

Oh , begitu ?

Baiklah , perlakukan , sebagaimana ,

Kau nak , si muda ,

Tidak lama pun , aku singgah ,

Nanti , dalam tanah juga aku ,

Kau yang berjalan sendiri kelak ,

Atas bumi yang kau injak .

Monday, March 19, 2012

Sir Kum . Bab 1


"Ane ! Mi goreng mamak satu ! "

Selesai berpaling ke arah tempat masak kedai mamak tu , Amsyar kembali mengisap rokok mild seven yang separuh terbakar kat celah jari telunjuk dan jari hantu .

"Kita nak bikin benda yang kita je ada . Kita punya signature . Tak ada orang lain buat " Wan bersuara , sambil main main rambut dia . Kopi o panas dia tak terusik langsung .

"Aku pun fikir macam tu . Orang orang mainstream memang pukimak "

"Tapi kalau tak mainstream , mana nak dapat kertas cap kepala agung ?"

"Ala , orang mainstream semua harap muka je kot . Lagu mengarut . Entah apa borak tah , cinta lah , putus cinta , hati berkecai la , hati terguris la . Setakat muka kau yang macam popia basah ni nak masuk mainstream , memang kiamat karang baru dapat duit "






Senyap




Bunyi hujan jadi soundtrack perlepakan di kedai mamak






Bunyi hujan turun makin kuat menghentam awning awning besi sekitar blok bangunan kedai mamak .







"Haih , bapak aku pun dah pencen " Wan hirup kopi o panas sikit . Daripada bunyi hirupan yang sekejap , dan banyak vibration , dapat teka yang air tu memang panas , bukan panas runcit runcit punya .


"Dah dah lah jadi idealist . Tak ada siapa yang boleh tolong dah . Aku give up "


"Tu lah . Mainstream memang pukimak "




Hujan lebat berterusan .







Selintasan burung berwarna hitam kemudian ....










"Assalamualaikum ! " Amsyar tolak pintu rumah slow slow .

"Siapa tu ? "

"Am ni "

"Pergi mana tadi ? Tak bagitahu mak pun "

"Oh , ada kawan ajak lepak kedai mamak "

"Lepak , lepak , lepak . Boleh dapat duit ke melepak ? Kalau boleh dapat duit , menyesal mak tak melepak dulu "

"Tu lah , mak tak nak try ..."

Amsyar dengan mak dia gelak gelak .






Sedesing air masak di cerek berbunyi kemudian ...











Dipulas machinehead gitar untuk mendapatkan tune yang betul . Amsyar mula menyanyi apa apa perkataan yang melintas di kepala , berpandukan beberapa kord asas . Masih amatur dalam seni muzik .

Sunday, March 18, 2012

Televictus Film Reviews .





Assalamualaikum semua .












Sihat ?













Dah ready belum ?




BAIKLAH







Hari ini , adalah hari dimana Televictus Film akan bikin review tentang movie yang telah ditonton .



Televictus Film tu apa ? Ini syarikat aku . Syarikat ini bikin filem.

Bukan , bukan sekarang . Aku belum ada syarikat .
Tapi kalau aku ada syarikat , itu la nama dia kot .
Cita cita aku besar kan ? Harapan , hatiku .




Okay the first one .








No Country For Old Men

Director : Coen Brothers

Mengisahkan tentang seorang polis kawasan Texas . Cerita ini berkisarkan tentang sejumlah duit yang dijumpai oleh seorang polis , dan tidak sengaja telah membawa kepada kisah kejar mengejar dan tembak menembak . Cerita ni saspens . Serious shit . Beberapa watak dalam cerita ini akan membuatkan korang rasa macam . " Ish , fuck sial , babi doh , kenapa doh , beragak la wey ! "

. So , kalau tengok cerita ni harap bersabar . Bertemakan wild wild west , ala ala cerita style cowboy . No Country For Old Men mempunyai ending yang pelik , masuk air , dan membengangkan . Aku malas nak bongkar kat sini . Sebab aku seorang penulis blog yang meyakinkan orang untuk menonton filem , bukan pembongkar atau pentafsir filem . Banyak tafsiran boleh dibikin selepas menonton cerita ini . Berikut adalah rating yang aku bagi , kalau aku boleh bagi rating . Mestilah aku boleh ! Tapi untuk aku lah .



8/10

Tengok tau , jangan tak tengok .












_________




Second One






The Machinist

Director : Brad Anderson

Cerita ini mengisahkan tentang seorang pekerja kilang . Yang susah nak tidur . Dia tak dapat tidur . Bukan sebab dia tak nak . Tapi dia tak boleh . Pernah tengok Fight Club ? Tak pernah ? Pergh ..... lopek sial . Tak ada lah . Aku gurau je . Tapi tengok lah cerita ni , jangan tengok Fight Club dulu , tengok ni dulu tau . Janji ? .

Bertemakan suasana yang sentiasa gelap dan penuh misteri , cerita ini memang penuh misteri . The Machinist mempunyai perkembangan watak yang baik , plot yang tersusun cantik dan klu yang membuatkan kita rasa macam " Ahh ! "

Okay , rating .

7/10







_________







Save the best for last . Ayat siapa tah , tapi korang mesti nampak aku tengah praktikkan sekarang .


Korang pernah tengok iklan Old Spice ? Yang ada negro tough tu .

Orang panggil dia Terry Crews .

Tak tahu ? Pergi lah bukak Youtube .


Pulp Fiction

Director : Quentin Tarantino

Aku sebenarnya out of words nak describe filem ni . Cerita ni PERFECT . Nak tahu apasal ? Nak tahu apasal !!!???? KAU NAK TAHU APASAL ???!!!!


KAU TANYA APASAL ??!!


RATING !!!!!

10/10 !!!!


ARRRGHHHH !!! WAJIB TONTON !!!!!









Cerita ni tak best kalau aku bagitahu korang isi dia !! Aku tak nak bagitahu sikit pun !!!!


SEKIAN !!!!

Sunday, March 4, 2012

Cerita pendek pun .



27.2.2012






8.a.m .


Goh miss call aku banyak kali . Suruh aku bangun . Bangun bangun , blur , mata merah nak mampus . Basuh muka banyak kali . Dia punya drag tidur , bukan main . Tapi aku gagah dan aku pun teruskan apa yang terniat di hati . Goh dah ada kat depan rumah , hisap rokok Pine yang Iddin tinggalkan dalam kereta dia . Hisap Pine saving katanya , dah lah sedap . Aku pun sondol badan aku masuk kereta dia , muka berlipat lipat lagi baru bangun tidur .

Lepas ambik Iddin kat rumah dia kitorang gerak pergi JPJ , nak renew lesen . Goh baru nak dapat competent . Cool lah tu cukup dua tahun .

Sampai sampai je orang dah ramai nak mampus .

Darah muda kan ? So kitorang malas nak buat . Leceh , drag , bodoh , panas . So gerak Shah Alam terus . Nak ambik apa tah dokumen bodoh Goh kat induk .

Lepas pergi Shah Alam gerak ke Penang terus .

Iddin : " Weh , balik malam ni tau , sebelum pukul 11 , McD panggil aku kerja ni "

Goh : Okay , tengok la macam mana .





PEJAM



CELIK







28.2.2012 .


UiTM Bukit Mertajam , Pulau Pinang


Panas terik




5 p.m



Goh: Kena stay satu malam lagi lah , pejabat tu macam babi tutup tiba tiba

Iddin: Memang pun balik ni aku kena buang kerja gila. Zom , pinjam phone jap , nak call McD cakap kereta rosak ni .

Goh : Tak elok tipu bodoh , cakap je la kau sakit .

Iddin : Macam tu tipu gak babi , apa beza sial ?








PEJAM


CELIK



29.2.2012




12.30 p.m


Kilometer 309.2 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Seremban



Hujan lebat


Aku carik selipar aku dalam kereta , hujan lebat sikit sikit masuk dari celah pintu kereta yang dah patah remuk . Goh tarik Iddin keluar dari kereta . Aku tengok Iddin okay lagi . Dia paling bahaya sebab duduk belakang . Aku relax je pakai seat belt . Lepastu Goh tarik aku keluar dari kereta . Sejuk sial . Hujan lebat nak mampus , aku raba poket , nasib baik barang barang aku ada lagi . Aku nak hisap rokok ni , Marlboro dalam kereta tadi aku nampak terbang time kereta terbalik , lepas tu mana tah .

"Tepi aa , sini memang selalu buang punya"

Dalam celah celah hujan lebat dengan bau lumpur yang kuat tu tiba tiba ada keling arahkan kitorang lepak kat tepi jalan .

"Benda macam ni memang selalu jadi aa , bila hujan sini ,
banyak licin , memang banyak kereta buang punya , semua terbabas "


Aku sibuk dengar keling ni berborak , aku sakit perut tiba tiba . Cibai baru lepas accident sakit perut pulak . Memang pun ada tandas kat highway ni .

Aku nak pergi ambik barang barang dalam kereta . Lagu dendangan Santana masih terdendang lagi kat radio kereta tu . Tak reti nak rosak ke apa lah sial .


2 jam kemudian , SP Hatta , merangkap bapak Goh , menghantar kami dari Balai Polis Kampar ke KL Sentral .








29.2.2012



10 p.m



Seremban



Iddin: Memang balik ni aku kena buang kerja la babi !

Goh: Menyesal sial bawak laju tadi .


Dan hari itu , aku sambut birthday aku dengan tak mandi 4 hari , dan bau lumpur kuat kat baju .





Tak , aku bukan kerbau



Sekian





Smart kan ? Hihi .


Alhamdulillah semua selamat . :)


Tapi aku akan rindu kereta ni :(





Pengajaran :

1 : Jujur dengan McD

2 : Renew lesen dulu supaya tak payah pakai nama orang lain time tulis report polis .

3 : Jangan bajet kau power drift la sial .



Thursday, February 16, 2012

Borak Mistik


Sekali je , sekali je pun jadi lah .

Tapi tak , tak mungkin . Dunia ni adil . Adil belaka .

Orang cakap dunia tak adil . Dunia reply , kerek gila babi ,

"Apa kau ? Aku dah wujud beribu tahun , kau relax je lah"

"Aku tak dapat apa yang aku nak "

"Apa yang kau nak ? "

"Aku nak kebahagiaan "

"Berikan aku maksud kebahagiaan "

Manusia terdiam seketika , kelu , lost , bingai , tuli .

"Kenapa aku tak macam orang lain yang dapat macam macam ?"

Dunia ketawa sekejap , sambil me reply ,

"Kenapa ada pasukan yang kalah kalau main bola sepak ?"

"Sebab mereka tak cukup bagus ?"

"Itu jawapan terbaik kau ?"

Berkerut segala muka manusia dilemparkan soalan bingai daripada dunia , berfikir dan menjawab semula .

"Menang kalah itu adat bertanding , bukan ? "

Dunia mengangguk setuju ,

"Kalau tak ada siapa kalah siapa nak menang ? "

Kalau tiada si miskin , siapa hendak jadi si kaya ,

Kalau tiada si tuah , siapa hendak jadi si malang .

"Hai manusia , kau bukan tidak bahagia , tetapi kau kurang bersyukur "

Dunia pun blah , malas layan spesis makhluk yang sering tak puas , mementingkan diri , tidak sedar mereka merobek semua dari dunia , dunia memberi , tidak pernah meminta .


Monday, January 30, 2012

Syamsul ?

Apa beza orang yang hisap rokok dengan yang tak hisap rokok ? Kan ? Lain lah ..

Orang tu suami kau

Boyfriend kau

Abah kau

Mak kau

Orang gaji kau

Supir kau

Akak kau

Abang kau

Habis yang lain tu ? Dok benci ? Ni pilihan masing masing . Aku tak halang orang nak hisap rokok .

Tapi kenapa korang nak kena benci . Haiya