Wednesday, January 25, 2012

How Should These Happen


This is about the eye that have been
Watching you for years
Tonight I'm all alone again
Deep in thoughts of everyone

Please don't
Interfere in my
Thoughts about tomorrow
Thoughts about how should days passed

There's a weird sensation in my heart
I don't want to make it complete
Because when it's that's when it stops
It just stops

Esok lebih baik dari hari ini .

Syafiq bangun pagi , sawah hijau kekuningan , ambik gayung , slow slow pergi tandas dekat luar rumah . Air sejuk , memang sejuk nak mampus , tapi kalau air tu dah tak sejuk , Syafiq dah terlambat maknanya . Syafiq turun dari tangga depan rumah , ikat kasut putih bertampal , pergi sekolah naik bas , bukan sebarang bas , basikal . Syafiq bawak 3 ringgit je pergi sekolah . Time rehat member member semua dok makan benda mewah mewah , nasi goreng , ayam , sayur , air sedap sedap . Syafiq usha senyap senyap dari tepi , nak beli , tapi Syafiq nak simpan duit . Baik makan kat rumah , mak masak nasi . Lagi sedap dari nasi kantin ni . Ada juga kadang kadang member kesian bagi rasa sikit tapi Syafiq tolak. Syafiq faham , mereka mesti lapar . Tapi Syafiq tak lapar , dia tenang je . Dah biasa katanya .


Pukul 12 tengahari memang panas . Berkerut dahi Syafiq tahan panas . Dah lah pakai songkok lagi , berkedap kepala tu dengan segala wap kat dunia ni . Syafiq jalan slow slow ambik basikal parking dekat tepi tempat motor . Handle dia punya panas itu jam , tak payah nak cerita lah . Berkayuh lah ke rumah . Jauh sekolah . Setengah jam jugak naik basikal . Tapi ilmu punya pasal , kayuhan Syafiq lagi laju daripada tangan pakcik yang kisar ABC kat pekan Kuala Pilah . Syafiq ni memang kamceng dengan mak dia . Balik rumah , bagi salam , cium tangan .

"Mak , kat sekolah tadi .... "

"Shh , kat dapur ada lauk , tukar baju makan dulu "

"Ni"

Syafiq bagi kertas kat mak dia . Mak dia tak pandang pun , ambik terus letak atas meja .

Hari ini nasi lauk ikan masin , sama macam semalam . Tapi Syafiq nampak kicap atas meja . Cantikkk , makan mewah lah nampaknya Syafiq hari ni .





Tapi ini semua 10 tahun lepas .





"Assalamualaikum ! Mak ! "

Tiada jawapan , lalang lalang panjang berkerumun depan rumah . Kasut putih bertampal masih ada dekat tepi pintu masuk rumah .

"Waalaikumsalam , siapa tu ? "

Sambil batuk batuk mak Syafiq keluar dari dapur .

"Mak , ni ada ... "

"Shh , kat dapur ada lauk , tukar baju , makan dulu "

Syafiq bagi sekeping kertas warna putih dekat mak , Syafiq berbaju kemeja , kemas . Mak tak ambil pun kertas , dia suruh Syafiq letak atas meja dulu .

Hari ini lauk ikan masin . Tiada kicap untuk harini .

Syafiq peluk mak erat erat .

Terima kasih mak .


Sunday, January 22, 2012

Setan

Eh pukimak fan Man U ni jangan bising sangat lah sial . Menang je kau sokong . Time Man U kalah semua sembelit .




Aku ?















GUNNERS , ALWAYS .

Aku nak pergi bersenam

Aku

Tak pandai menulis

Tapi kalau sekali aku tulis je

Pom

Friday, January 20, 2012

Pengembaraan Wan Ikhwan

Wan buka mata sedikit . Silau .
Denyut kepala .

Wan tanya dia kat mana .

Tak ada siapa layan . Dia dengar orang cakap " Good , good "

Wan ni pernah belajar dekat sekolah Inggeris . Benda benda macam ni macam buat origami sampan je .
Tapi tak , ini jam , Wan tak dapat berborak English seperti yang biasa dia buat .

"Auu rauuu"

Wan dah cuak cuak kebas kebas . Nafas laju . Apa jadi ni . Mana pergi skill sosial dia . Dia cuba cakap Melayu .

Apa yang Wan rasa dia cakap .

"Aku kat mana ni doooo"

Tapi .

"Auu rauuu"

Lepastu Wan nampak .

Bola tenis .

Bola tenis.

Bola tenis.

Dalam kepala Wan hanya bola tenis .

Bola tenis terbang . Wan tak tahu apa apa . Tapi dia tahu bola tenis .

"Good boy"

Thursday, January 19, 2012

Pengembaraan Amsyar Huzairi .

Seorang pemuda melangkah keluar dari monorail stesen Hang Tuah . Ikut raut wajah , 20 - an . Sebatang rokok dinyalakan . Baju AC/DC lusuh , lencun , hujan sepetang di Kuala Lumpur .

30 minit yang lepas ...

"Dik , buat kad rabbit ok ? Orang ramai ni . "

Pakcik bas tu mengambil not berwarna merah dari tangan Amsyar, masuk dalam mesin . Amsyar kaget . Itu sepuluh ringgit terakhir yang ada dalam beg dompet dia . Dia pun ambik jelah kad arnab dari pakcik tadi , pergi belakang belakang , cari seat kosong . Sebelah mamat bangla tengah pegang plastik banyak banyak , sayur , ikan , pistol mainan .

Bas bertolak . Amsyar baling renungan dekat kedai KFC besar seksyen 2 dari dalam bas .

Tiket monorail KLCC tak payah beli , dah ada kad Arnab . Macam usik dan pergi juga function dia .

Amsyar turun dari stesen monorail tadi , sampai kat tempat bas berkomplot .

Orang yang jaga bas pergi Tanjung Malim borak kuat kuat ajak naik bas , manakala orang yang jaga bas Seremban semua relax je sandar sandar makan muruku ikan gambar baby tengah tengah hujan .

"Bang , dalam ni ada 6 ringgit lagi , bersamaan dengan tiket balik Seremban , boleh tak bang ?" Amsyar serius kali ni , dia bukan selalu serius , tapi kalau dia serius , dia serius .

"Tak boleh dik , ni tak sah guna kat bas express"

Amsyar tumbuk tanah kuat kuat . Hang Tuah dah tak wujud kat dunia .


Saturday, January 14, 2012

Dahan Betik .

Bising bunyi komputer . Main Red Alert . Korang dah tak main ke ? Rugi wei , game ni best . Masa tu aku darjah 3 kot . Entah , aku tak ingat .

"Aiman !!"

Orang panggil . Awal lagi , baru pukul 3 dah ajak keluar main , jadah .

"Aiman !!"

Keluar jap , usha budak ni nak apa , aku tengah sedap kopak base orang ni , potong betul lah .

"Kau ada pemadam api tak ? "

Memang pun rumah aku ni rumah MacGyver

"Tak ada lah weh "

Aku ikut diorang pegi satu bukit yang tak jauh pun dari rumah aku . Merah je semua , oh terbakar . Member aku dok pukul pukul api tu pakai dahan betik . Yang dia dok pukul tadi pun 1/100 daripada keseluruhan kebakaran . Ada sorang pakcik kepala botak ni keluar dari rumah dia yang depan bukit tu .

"Woi ! Kau bakar bukit eh ?! Mana mak bapak korang ?! "

Relax ah pakcik , keluar keluar dah emo . Aku dah lah haram tak tahu apa apa tiba tiba kena blame . Apa lancau da .

Polis dengan bomba sampai . Member aku , Pudin , dah menangis kat tepi longkang sebab pakcik botak tu pegi acah acah nak hantar dia masuk lokap .

Hamlau punya pakcik . Last last dapat tahu bahawa sampah yang dia selalu bakar kat depan bukit tu jadi punca kebakaran, member aku tolong nak padam je kena borak macam macam .

Pengajaran : Jangan gelabah sangat kalau tak nak jadi botak dah besar nanti .