"Hai terima kasih kerana memanggil, boleh saya ambik pesanan" laju betul lelaki ni bercakap, deras, di telefon, dalam satu nafas.
"Saya nak...Tawaran Harian"
"Ha ye?"
"Tawaran Harian"
"Yelah Tawaran Harian tapi nak yang mana? Kami ada Kepedasan Asli, Pizza Masak Lom-"
"Ye ye saya tau, saya nak Rendang Kampung"
"Rendang Kampung ye nak set besar ke nak set kecik"
"Besar"
"Okay air?"
"Dahago"
"Okay Dahago besar semuanya lima ringgit tiga puluh sen termasuk cukai sila bayar didepan terima kasih sila datang lagi" satu nafas. Lagi. Pergh.

Dititikberatkan adab dan disiplin yang tinggi, pekerja di Kedai Makan Mering sentiasa bersikap tepat, rajin dan bertenaga. Suresh Takahashi, seorang lelaki berkerja di bahagian pengambilan pesanan di situ.
Pintu bilik kerja Suresh dibuka separuh, ada kepala jenguk keluar dari pintu. Suresh yang duduk bertentangan dari pintu bilik menoleh ke belakang.
"Hoi Suresh"
"Ha kenapa" Suresh cabut headphone kat telinga dia
"Ambik ni" Ling, Manager Kedai Makan Mering cawangan Senawang, hulur helmet kat Suresh.
"Ish, kat mana pulak"
"Belakang Jusco, ni alamat"
"Habis siapa nak jaga sini"
"Aku boleh. Kita tak cukup orang ni, pakai cepat"
............

Suresh berjalan ke arah motor yang diletakkan di tepi pintu keluar pekerja restoran. Basah kuyup jalan tar, berkilat sampai nampak pantulan cahaya lampu lampu kedai, sedikit berlopak sebab hujan dari semalam.
Suresh pakai baju hujan warna kuning. Teringat Suresh akan soalan ketika latihan pekerja dulu.
"Kenapa baju hujan warna kuning?" tanya Ling kepada pekerja baru.
"Supaya senang nampak pada waktu malam Puan!"

................
Tinggi bangunan ni. Suresh mendongak kat depan bangunan Wisma Rahman. Hujan dah perlahan sikit. Renyai renyai.
Suresh masukkan tangan kanan kedalam poket kanan, cuba capai sesuatu, tak jumpa, seluk poket kiri pulak, pakai tangan kanan sebab tangan kiri dia tengah tatang pizza. Bergelut sekejap Suresh. Suresh jumpa kertas kecik komot komot dalam poket kiri. Dia baca alamat yang tertulis kat kertas tu. Betul lah ni, ujar dia dalam hati. Dia pun masukkan balik kertas yang basah sikit lepas hujan tu dalam poket kiri dia. Suresh bukan seorang yang bijak. Kemudian dia menapak kearah pintu depan bangunan, kaca warna hitam sampai nampak imej pantulan Suresh. Ada tulisan khat warna emas diukir kat cermin kaca warna hitam tu, simetri dan dipisahkan oleh ruang buka pintu kaca tersebut di tengah tengah. Pintu pun terbukak.

Ssssssss.
Takde orang langsung kat lobi bangunan ni. Sunyi. Cuma tampak agak menyeramkan. Pertama sekali, Suresh tak pernah tahu pun ada Wisma Rahman kat sini, padahal dia hari hari lalu kawasan ni. Kedua, kenapa kat seluruh dinding bahagian dalam bangunan ni banyak tumbuhan warna coklat coklat hijau memanjat sampai ke siling. Ketiga, Suresh dah rasa sesuatu yang tak kena dengan bangunan ni. Dia cuba bajet tenang, jadi dia berjalan keluar balik ikut pintu yang sama, dia nak jumpa Ling, pastu tanya samada alamat ni betul ke tak. Tapi pintu kaca tu tak terbukak...
Suresh sedikit panik dan mula rasa sesak kat dada dia. Dia letak pizza tu kat lantai dengan perlahan...kemudian dia angkat kedua belah tangannya ke atas dan ambik nafas dalam dalam. Dia kira sampai sepuluh. Satu, dua, tiga, empat, ada bunyi kat pembesar suara dalam bangunan tu. TING! Pastu ada suara lelaki
"lima...enam"
Uish! Suresh terkejut. Tiba tiba pintu bangunan terbukak. Suresh berlari keluar daripada bangunan tu pastu pergi ke arah motosikal yang dia letakkan di seberang jalan bertentangan. Panik dia cuba hidupkan enjin motor dia sambil kilas kilas pandang dekat bangunan tu. Kat depan pintu kaca bangunan tu ada lelaki melambai kat dia. Suresh blah terus. Tak ada masa nak layan.